PERSEMBAHAN pelakon Nur Fazura menerusi konsert Tombo Ati Ridho Illahi Opick dan Salman Al Jugjawy yang berlangsung pada malam Sabtu tular dan menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.
Menerusi video yang tular di media sosial, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 40, dilihat begitu asyik menyampaikan lagu nyanyian asal Ahmad Dhani berjudul Jika Cinta Allah dalam persalinan serba putih.
Bagaimanapun ramai berpendapat pelakon dan usahawan itu terlalu yakin dengan kredibiliti vokalnya sehingga mungkin tidak menyedari suaranya tidak sesuai sebagai penyanyi.
Fazura semasa menyanyi di atas pentas pada malam Sabtu.