BAGAI muncul pelangi selepas hujan, penyanyi Noraniza Idris menarik nafas lega apabila dapat meneruskan perniagaan makanan ringan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.
Bersyukur atas rezeki yang diberi, Noraniza, 57, memberitahu dia sekeluarga melakukan sujud syukur sambil menangis selepas mengetahui produk muruku diusahakan menerima permintaan tinggi daripada pelanggan, sekaligus menyelamatkan perniagaannya itu.
“Rasa bersyukur yang amat sangat, sebab saya jatuh daripada terduduk dan tak tahu masa depan macam mana sampai hampir nak tutup kilang.
Noraniza kembali tenang selepas ada sinar baharu dalam perniagaan.