MEMILIKI keistimewaan boleh melihat makhluk halus bukan alasan untuk pelakon Indonesia Nita Gunawan menolak tawaran membintangi filem seram.
Kata Nita, 34, kelebihan itu sudah menjadi sebahagian daripada kehidupannya sejak kecil dan perkara itu sama sekali tidak mengganggu rutin serta perjalanan kariernya.
“Saya tidak trauma kerana dari kecil sudah boleh melihat hantu. Dulu saya nampak pocong, genderowo (hantu raya) dan pontianak.
Nita berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan gala filem Anak Kunti di TGV, KLCC.