ENGGAN lagi berdolak-dalik, pelakon Niezam Zaidi sedang bahagia menyemai cinta bersama aktres Fify Azmi.
Niezam atau Mohd Niezam Mohd Zaidi, 33, menjelaskan dia serius dan ikhlas berkawan dengan Fify malah sudah mempunyai perancangan serius tentang hubungan mereka.
“Saya serius dengan hubungan ini dan tiada masa untuk bermain-main.
Fify sebelum ini ada berkongsi kemesraan bersama Niezam.