PENYAMPAI radio Suria FM Datuk Fizz Fairuz pelik apabila akaun Instagram milik isterinya tiba-tiba lesap tanpa sebarang sebab munasabah.
Fizz atau Mohd Fairuz Zainal Abidin, 45, berkata, dia pelik apabila akaun milik isteri iaitu Datin Almy Nadia hilang kerana yakin tidak melanggar sebarang undang-undang ditetapkan laman sosial berkenaan.
Ketika ini kata Fizz, dia sedang berurusan dengan pihak Instagram bagi mendapatkan kembali akaun Almy.
Fizz berkongsi akaun Instagram isterinya tiba-tiba lesap.