GARA-GARA video anak berdengkur kuat ketika tidur, pelawak Achey mangambil teguran dan nasihat daripada netizen yang meminta dia membawa Tiara mendapatkan rawatan.
Mengambil serius mengenai perkara itu, Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 38, berkata dia juga risau dengan keadaan itu dan mahu membawa Tiara atau Nur Tiara Zinnirah bertemu pakar.
“Pertama, saya berterima kasih pada yang komen… kalau tak ada komen mungkin kami tak ambil tindakan tentang isu dengkur tu.
Netizen risau mendengar dengkuran kuat Tiara ketika sedang tidur.