PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad tampil membuat penjelasakan selepas timbul dakwaan dia bersikap sombong sewaktu membuat urusan permohonan pinjaman di sebuah bank.
Menganggap ia sebagai satu kenyataan yang menjejaskan nama baiknya, Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, menegaskan dia tidak pernah terlibat dengan urusan membabitkan pinjaman di mana-mana institusi kewangan.
“Ada yang kata suami dia banker dan pernah uruskan urusan pinjaman saya. Kata saya kekwat kalah datin. Saya tidak pernah buat sebarang pinjaman sepanjang hidup.

Perkongsian Uyaina di Threads miliknya.






