SENTIASA mendoakan yang terbaik buat Mamat Exists, penyanyi Ezad Lazim berharap apa yang sedang berlaku terhadap rakannya itu boleh dijadikan sebagai pengajaran buat semua.
Kata Ezad atau Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 45, dia dan anggota Exists lain turut bersedia menerima Mamat bersama kumpulan itu pada masa akan datang meskipun sedang berdepan perbicaraan mahkamah berkaitan pertuduhan dadah.
“Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat Mamat. Semoga dipermudahkan segala dugaan yang melanda hidup dia. Apa yang berlaku boleh dijadikan pengajaran untuk Mamat sendiri dan mereka yang di luar sana.
Mamat dan Ezad bersama kumpulan Exists ketika konsert mereka pada Disember tahun lalu.