SELEPAS memilih jalan berpisah, pelakon Nora Danish memberitahu dia tidak lagi mencampuri urusan peribadi bekas suami iaitu Nedim Nazri termasuklah dakwaan dilihat bersama wanita lain.
Kata Nora atau Nora Danish Hanif, 42, mereka sudah mempunyai kehidupan sendiri dan memohon orang ramai tidak lagi bercerita kepadanya mengenai kehidupan Nedim.
Malah, Nora memberitahu perceraian mereka itu adalah atas permintaannya sendiri.
Kenyataan Nora yang dikongsi di Instastory miliknya.