TINDAKAN comel seorang peminat cilik menarik perhatian penyanyi Aina Abdul apabila kanak-kanak tersebut menyanyikan lagu Jangan Mati Rasa Itu ketika sedang menerima suntikan di sebuah klinik.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di Instagram, kanak-kanak yang dikenali sebagai Naura Delisya itu dipercayai mengalami selesema dan batuk berterusan sebelum dibawa ke sebuah klinik oleh ibu bapanya.
Bagaimanapun, ketika mendapat rawatan di salah sebuah klinik Naura menangis sambil menyanyikan lagu Jangan Mati Rasa Itu ketika dia sedang disuntik untuk tujuan mengambil darah.
Perkongsian video yang dimuat naik mendapat perhatian Aina.