PELAWAK dan penyampai radio Nabil Ahmad mendedahkan dirinya hilang kata-kata sehingga menitiskan air mata apabila menerima surat digantung tugas gara-gara kontroversi video didakwa mempersenda agama.
Cerita Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 39, ketika menerima makluman tersebut dia menyangka kerjayanya sebagai penyampai radio sudah berakhir .
“Saya dapat surat direhatkan selepas kami keluar dari (Ibu Pejabat Polis) Bukit Aman. Selepas saya baca surat itu, saya terus ke Masjid Bandar Utama dan menangis.
Selain Nabil,dua lagi penyampai segmen 3 Pagi Era iaitu Azad Jazmin dan Radin turut mengalami nasib sama.