PELAWAK dan pengacara Nabil Ahmad mendedahkan wajahnya telah disalah guna oleh individu tidak bertanggungjawab dipercayai bagi memperdaya orang ramai membuat pelaburan.
Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 40, berkata, dia juga sudah membuat laporan di Balai Polis Damansara, Petling Jaya berhubung perkara itu kerana ia menjejaskan nama baik dan reputasinya sebagai seorang selebriti.
“Penggunaan imej dan wajah saya untuk sebuah artikel yang mengajak orang melakukan pelaburan. Ini adalah scam yang sedang berlaku sekarang ini.