SAMBUTAN Aidilfitri tahun ini mungkin paling ‘sakan’ buat pelakon Fasha Sandha apabila memberitahu menyediakan 45 pasang baju baharu yang akan dipakai sepanjang Syawal.
Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, berkata, memandangkan koleksi busana dimilikinya banyak, dia merancang untuk mengenakan dua persalinan berbeza pada setiap hari.
“Tahun ini saya ada 45 pasang baju raya tapi semua itu bukan saya beli tapi dihadiahkan oleh beberapa jenama.
Syukur rezeki masih mencurah-curah selepas bergelar isteri.