PELAKON Ruhainies gembira ramai pengikutnya di laman sosial turut mengikuti misi berselawat sebanyak 1,000 kali sehari selama 40 hari.
Susulan itu, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, berharap orang ramai yang melakukan amalan tersebut merasai perubahan seperti mana dialaminya.
“Alhamdulillah, bestnya ramai yang sudah mula (berzikir). Ada yang dah buat 10 hari, lima hari, dua hari dan ada baru nak mula hari ini.