SEJUK perut pelakon Syatilla Melvin apabila anak sulungnya iaitu Syeriv Samheizy menawarkan diri menjadi imam ketika mahu menunaikan solat Maghrib.
Sebak mendengar bacaan solat Syeriv itu, Syatilla atau Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 32, berkata dia sama sekali tidak menyangka anaknya yang baru berusia tujuh tahun itu mampu mengimamkan solat.
“Anak bubu (panggilan Syatilla) dah boleh jadi imam, ya Allah sebak tak habis lagi bila teringat dia minta nak jadi imam bubu bulan lepas.
Syatilla berkongsi perkar itu menerusi hantaran di Instagram.