EMOSI penyanyi Shila Amzah tidak stabil selain akan menangis setiap hari sejak disahkan hamil anak kedua baru-baru ini.
Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, berkata, kandungan kali ini juga membuatkan dia berasa lesu selain hilang selera makan sehingga membuatkan dia sukar bangun daripada katil.
“Ada hari yang saya rasakan seperti tidak larat untuk berbuat apa-apa. Tiada selera makan, mual, muntah, saya tidak boleh bangun daripada katil.