PERSONALITI media sosial Aisar Khaled berkongsi berita duka ibunya iaitu Roslina Abdul Rashid perlu menjalani pembedahan membuang ketumbuhan sista di ovari pada Khamis ini.
Justeru itu, Aisar atau Aisar Khaled Kamel, 25, yang kini berada di Singapura memberitahu dia perlu pulang ke tanah air segera bagi menemani ibunya sebelum prosedur berkenaan.
“Saya ada berita nak beritahu anda semua, mama saya bakal menjalani pembedahan membuang cyst pada ovari esok.
Aisar tidak dapat menahan sebak tatkala menghubungi ibunya.