BERMULA daripada sekadar hobi sekitar tahun 2021, pelakon Hafreez Adam kini menjadikan hobi melukis sebagai salah satu cabang perniagaan dalam menambah sumber pendapatannya.
Kata Hafreez atau Hafreez Adam Aizat Zahalan, 33, dia tidak menyangka ada peminat yang mula bertanya dan mahu membeli hasil seninya itu apabila dikongsikan melalui sosial media.
“Saya mula melukis ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Masa itu tiada tawaran berlakon jadi saya mencuba sesuatu yang baharu. Selain memang minat dengan seni, saya juga belajar melalui tontonan video.
Hobi di rumah turut mendatangkan hasil buat Hafreez.