INDIVIDU diberi tanggungjawab menata rias wajah Intan Najuwa pada hari perkahwinan pelakon itu iaitu Datuk Alha Alfa tampil menjelaskan mengenai solekannya yang mengundang kritikan segelintir netizen.
Alha atau Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, 35, memohon maaf sekiranya ada individu yang menganggap solekan Intan sewaktu majlis akad nikah dikatakan terlalu berat dan sarat.
Kata Alha, perkara ini berlaku disebabkan Intan melakukan penyambungan bulu mata (eyelash extension) yang menyebabkan solekan itu seakan-akan tidak kena.
Perkongsian Alha di Instastory.