PELAKON Maya Karin hampir lemas ketika menjalani penggambaran di dalam laut filem Duyung sekitar 16 tahun lalu.
Mengimbau insiden berkenaan, pelakon dan pelawak Saiful Apek mendedahkan kejadian itu berlaku gara-gara rambut palsu dipakai Maya tersangkut pada jaring pukat ikan sebelum melihatnya sedang bergelut.
Bagaimanapun tindakan pantasnya ketika itu berjaya menyelamatkan nyawa Maya daripada kejadian tidak diingini berlaku.
Apek dedah dirinya menyelamatkan Maya daripada lemas 16 tahun lalu.