LUAHAN tidak puas hati disuarakan pelakon Sharnaaz Ahmad terhadap sistem bidaan nombor plat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu JPJeBid membawa hikmah apabila dia bejaya memenangi bidaan nombor plat yang diingininya.
Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berkata, kemenangan itu turut membuktikan dia berjaya melawan scalper iaitu pihak yang membeli nombor secara pukul dan menjual semula dengan harga lebih tinggi.
“Seperti yang dijanjikan saya telah mendapat keputusan. Alhamdulillah, kita memang. Saya dah dapat (nombor bidaan). Mamu (panggilan dirinya) menang. Syukur berjaya walaupun tak mandi.