SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, penyanyi dan komposer Faizal Tahir dilihat lebih banyak mengeluarkan lagu berunsur santai dan kerakyatan berbanding tema cinta yang cukup sinonim dengannya.
Faizal atau Ahmad Faizal Muhammad Tahir, 45, berkata, pada usianya sekarang dia melihat lagu-lagu genre itu lebih sesuai dengannya selain merasakan lagu ‘jiwang’ sudah tidak kena dengan jiwanya.
Apatah lagi katanya, status sebagai suami dan bapa kepada tujuh cahaya mata membuatkan dia lebih peka dengan muzik yang ingin diketengahkan kepada pendengar.
Konsert Faizal Tahir imbau kenangan 3,000 penonton.