PENYANYI Liza Aziz menepati ramalan apabila muncul sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) yang berlangsung pada malam Ahad.
Liza atau Norliza Abdul Aziz, 62, menewaskan lima lagi peserta lain menerusi persembahan lagu I Surrender nyanyian asal Celine Dion dan Cinta duet bersama penyanyi Indonesia Kris Dayanti.
Malah persembahan Liza menerusi segmen battle berentap bersama Sheila Abdul, Zehra Zambri dan Ning Baizura turut mendapat pujian juri apabila mempertaruhkan lagu Angkat nyanyian Mimi Fly.
Persembahan duet Liza dan Krisdayanti mendapat sorakan gemuruh.