MEMILIKI rupa paras menawan menyebabkanpelakon Amy Nur Tinie sering didekatilelaki miang.
MalahTinie atau Amy Nur Tinie Abdul Aziz, 29, berkata dia pernah berdepan situasi di mana seorang usahawan menyatakan hasrat mahumenjadikannya isteri ketiga.
Enggan mengambil jalan mudah untuk hidup senang, Tinie memberitahu dia mempunyai pendirian dan bukan seorang wanita yang mudah terpedaya dengan wang ringgit.