PENYANYI Lah Ahmad tidak hanya membuat persediaan fizikal dan mental menjelang konsert malah mengamalkan puasa sebagai penjagaan rohani.
Lah atau Abdullah Ahmad, 43, berkata, berpuasa bukan sahaja untuk mendapat pahala tetapi sebagai cara menambah tenaga apatah lagi pada konsert kali ini memerlukan dia menyanyi lebih 20 buah lagu.
“Secara peribadi, saya ini kalau setakat menyanyi satu atau dua buah lagu masih lagi biasa… tetapi kalau untuk 20 lagu ni perlukan stamina lebih sedikit.