SELEPAS kejayaan penganjuran konsert di Kuala Lumpur pada tahun lalu, penyanyi asal Indonesia iaitu Kunto Aji kembali menghiburkan peminat di negara ini pada 28 Ogos depan.
Bukan sekadar pertunjukan biasa, Kunto tampil dengan pendekatan baharu untuk bertemu peminat menerusi konsert Perjalanan Menawar Racun.
Istimewanya lagi, dia berhasrat beramah mesra menerusi sesi ‘curhat’ bersama peminatnya sehari sebelum persembahan berlangsung.
Kunto menjanjikan pengalaman berbeza untuk konsert kali ini.