KONSERT The Music of the Spheres World Tour yang dijayakan oleh kumpulan Coldplay di Kuala Lumpur pada 22 November tahun lalu mencatat sejarah apabila menerima jumlah penonton paling ramai sepanjang mereka mengadakan persembahan.
Dengan jualan sebanyak 81,812 tiket, konsert yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu juga mencapai keuntungan kasar melebihi RM51 juta hanya untuk satu malam sahaja.
“Ini adalah konsert paling ramai penonton sepanjang kerjaya mereka,” jelas satu kenyataan.
Peminat membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil sempena konsert Coldplay November tahun lalu.