PENGIKUT Instagram Eyka Farhana meluahkan rasa teruja apabila pelakon itu memuat naik swafoto bersama model Hailey Bieber ketika berada di Paris baru-baru ini.
Bagaimanapun dalam keterujaan itu, rata-rata memuji kecantikan Eyka, 28, yang dilihat lebih jelita berbanding isteri kepada penyanyi terkenal Justin Bieber itu.
Ramai menyifatkan pemilik nama sebenar Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi itu mempunyai wajah cantik semula jadi dengan solekan tipis yang menyerlahkan lagi kejelitaannya.
Eyka turut bertemu dengan Selena Gomez di acara sama di Paris.