TINDAKAN segelintir netizen menulis komen dan teguran kasar terhadap mana-mana individu terutamanya selebriti adalah tidak wajar kerana tidak mengikut nilai Islam sebenar.
Berkongsi pandangan mengenai perkara itu, pendakwah bebas Ustaz Don berpendapat seorang saudara Muslim haruslah mempunyai sifat saling menyayangi dan bukannya menyalahkan antara satu sama lain.
Malah, Don atau Don Daniyal Don Biyajid, 40, berkata teguran itu juga haruslah secara berhikmah tanpa melukakan hati mana-mana pihak.