PELAKON Nelissa Nizam mengakui agak selektif dan berhati-hati dalam memilih watak lakonan kerana bimbang dikaitkan dengan pelbagai kontroversi kurang enak.
Dalam hal ini, Nelissa atau nama sebenarnya Nelissa Edreena Nizam, 26, berkata pelakon berhak untuk menolak sekiranya tidak selesa melakonkan watak sensitif yang boleh mencetuskan kontroversi.
“Saya tahu agak cliche kalau cakap sekadar ikut arahan dan naskah tapi secara peribadi saya rasa saya kena jaga.