PELAKON Kiah Propa berkongsi perkembangan terkini keadaan kesihatan suaminya iaitu Mohamad Nazri Ismail.
Kiah atau Siti Rokhaida Abdul Khalil, 45, memaklumkan sel kanser sudah merebak ke bahagian ketiak dan paru-paru.
Keadaan itu menyebabkan suaminya tidak dapat dirawat dengan kaedah pembedahan disebabkan sel kanser sudah mula menyerang organ badan lain.