GARA-GARA terlalu khusyuk menyanyi, penyanyi Nadeera Zaini tanpa sengaja menaikkan jari tengahnya sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Menjawab mengenai perkara itu, Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 32, berkata tindakan itu dilakukan secara spontan dan bukannya ingin bersikap biadab.
Naib juara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) ini turut meminta maaf di atas keterlanjurannya itu.