TIDAK akan berdiam diri, penyanyi Khai Bahar bakal mengambil tindakan saman terhadap mana-mana pihak yang bercakap buruk terhadap diri dan keluarganya.
Ia susulan penyebaran gambar dia bersama adir iparnya yang menimbulkan pelbagai reaksi ramai termasuk menuduhnya sebagai seorang yang menyukai sesama jenis.
Kata Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, dia sudah mengenal pasti beberapa komen yang turut melibatkan ahli keluarganya.
Khai ambil tindakan terhadap penyebar fitnah.