KEBIASAANNYA video siaran langsung usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri di TikTok pasti akan diserikan dengan kemunculan pembantu rumahnya yang dikenali sebagai ‘Bik Tudung’.
Bagaimanapun sejak beberapa hari lalu, kelibat wanita asal Indonesia itu langsung tidak kelihatan menyebabkan ramai bertanya tentang keberadaannya.
Persoalan itu akhirnya terjawab apabila Aliff memberitahu pembantu rumahnya itu sudah pulang ke Indonesia.
14 tahun Bik Tudung berkhidmat untuk Aliff.