KEINGINAN penyanyi Datin Alyah merasai keenakan donut air tangan ibunya akhirnya tercapai selepas dibenarkan keluar dari hospital pada Isnin lalu.
Alyah atau Noor Hasliah Abu Hassan, 43, berkata, dia sudah lama mengidam untuk menikmati kuih berkenaan sejak berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah haji.
Namun keinginan tersebut tidak kesampaian susulan ditahan di hospital akibat mengalami batuk berpanjangan sejurus pulang ke tanah air.
Alyah berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram.