SUSULAN kenyataan dikeluarkan pelakon Azhar Sulaiman mengenai Palestin, pempengaruh media sosial Kasih Iris Leona menegaskan pendiriannya berbeza dengan bapanya itu.
Leona, 22, berkata, walaupun Azhar adalah bapanya namun dia sendiri tidak faham dengan pemikiran Azhar dan enggan dikaitkan dengan kenyataan aktor tersebut.
“Pendapat ayah saya tidak mencerminkan pendirian saya dan saya sangat menentang Israel dengan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Palestin.
Kenyataan Leona di laman X miliknya.