KEMELUT rumah tangga yang berlaku tidak menghalang penyanyi Adira Suhaimi beraya bersama suami iaitu usahawan Datuk Seri Adnan Abu pada 1 Syawal.
Menerusi perkongsian di Instagram, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, memaparkan dia bersama suami dan anak-anak sedondon mengenakan baju berona hitam.
“Simpan sini untuk kenangan, untuk anak-anak tengok nanti,” katanya di ruangan kapsyen.
Adira dan Datuk Red terlihat gembira beraya bersama anak-anak.