PELAKON Fasha Sandha gagal menahan air mata apabila mengenangkan sahabatnya iaitu aktres Fazura yang sedang berdepan krisis rumah tangga.
Pernah melalui fasa sama, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, sentiasa mendoakan yang terbaik dan menyokong setiap keputusan dibuat Fazura berhubung perkahwinannya dengan aktor Fattah Amin.
“Kami sudah saling mengenali sejak usia saya 17 tahun manakala Fattah pula merupakan rakan Aidil. Dua-dua rakan dan saya rapat dengan Fazura. Saya mendoakan yang baik-baik buat mereka.
Fasha mendoakan yang terbaik buat Fazura.