PEKA dengan isu keamanan dunia yang diperkatakan sekarang ini, penyanyi dan cef selebriti iaitu Datuk Fazley Yaakob juga sentiasa ambil tahu akan latar belakang mana-mana produk untuk dia bekerjasama.
Kata Fazley atau Ahmad Fazley Yaakob, 45, dia juga amat menitik beratkan soal mata pencarian ramai golongan pekerja tempatan yang berkhidmat dengan jenama antarabangsa bawah pengurusan syarikat Malaysia.
“Semestinya saya akan buat kajian dahulu sebelum bekerjasama dengan mana-mana produk atau jenama. Saya juga memikirkan soal kelangsungan peniaga tempatan selain tempat mencari rezeki ramai pekerja tempatan.
Penglibatan Fazley sebagai duta turut membantu jenama tempatan.