TERUS menharap abangnya kembali dengan selamat, penyanyi Aufahanie memberitahu dia dan ahli keluarga lain tidak pernah berhenti mencari Nidzar Afham yang dilaporkan hilang sejak malam Selasa.
Kata Aufa atau Nur Aufahanie Mokhtar, 21, abangnya itu juga tidak menunjukkan sebarang perilaku pelik sebelum dia gagal dihubungi dan hilang secara tiba-tiba.
“Setiap hari saya akan berbual dengan abang. Kami selalu hantar video lucu di aplikasi TikTok. Dia juga tidak pernah menunjukkan sebarang perilaku pelik. Dia okay sahaja.
Aufa berkongsi berita kehilangan abang di Instagram.