MERASAKAN dirinya seperti tidak dihargai, penyanyi Atilia Haron mendedahkan pernah berkecil hati dengan industri muzik tanah air.
Kata Atilia atau Raja Putri Atilia Raja Haron, 51, disebabkan faktor itu juga dia lebih banyak menghasilkan karya kolaborasi bersama artis Indonesia.
“Saya rasa di sana (Indonesia) lebih menghargai bakat saya. Selain jayakan festival muzik, lagu saya pun masuk carta radio Indonesia. Saya juga berkolaborasi bersama penyanyi di sana.
Atilia kini percaya rezeki ada di mana-mana asalkan dia rajin berusaha.