KELIBAT aktor dan usahawan Indonesia Andi Arsyil Rahman menerusi siaran langsung yang dibuat Puteri Sarah Liyana di platform TikTok menjadi perhatian pengikut pelakon itu.
Mana tidaknya, Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 38, dilihat senang dan mesra disamping Andi sehinggakan ramai mengusik mengatakan aktor itu sepadan dengannya.
Bagaimanapun Puteri Sarah nampak sedikit tertekan apabila ada sesetengah netizen yang masih mengajukan soalan tentang keberadaan suaminya meskipun umum mengetahui dia sudah pun tiga bulan bercerai dengan pengarah Syamsul Yusof.