SEMBILAN bulan bergelar suami, pelakon Syafie Naswip tidak terburu-buru mengenai soal cahaya mata dan menyerahkan kepada ketentuan Allah SWT.
Menurut Syafie atau Muhammad Syafie Naswip, 32, dia dan isteri Nur Afiqah Ishak tidak mahu tertekan memikirkan mengenai zuriat sejak awal perkahwinan mereka.
“Saya dan isteri ikut sahaja ketentuan yang ditetapkan olehNya, tiada tekanan dan kalau lekat-lekatlah.
Syafie dan isteri berserah pada Allah soal rezeki cahaya mata.