Dengar Suria

Hiburan

Juri terhibur dengar lagu asli Orkes Melayu Kuala Lumpur… Dapat ketengah lagu tradisional di Festival Antarabangsa Sharq Taronalari dah cukup bangga

PESERTA dari Malaysia iaitu Orkes Melayu Kuala Lumpur berharap, gabungan empat genre muzik tradisional dalam Festival Muzik Antarabangsa Sharq Taronalari di Samarkand, Uzbekistan menjadi nilai tambah untuk memikat hati juri dalam pertandingan itu.

Vokalis yang juga pemain besnya, Syed Shahril Faisal Syed Hussein berkata, mereka menggabungkan irama tradisional Melayu iaitu Dondang Sayang, Zapin, Mek Mulung dan Joget untuk mencari kelainan kerana setiap genre itu berlainan iramanya.

“Empat elemen itu kami gabung dan membuat pembaharuan agar ia kedengaran lebih rancak melibatkan lagu Dondang Sayang, lagu Ya Salam berentak Zapin, Mek Mulung dan penutupnya ialah lagu Joget kesukaan rakyat Malaysia iaitu Ala Emak Kahwinkan Aku,†katanya.

Peserta - Festival Antarabangsa Sharq Taronalari di Dataran Rigistan, Smarkand, Uzbekistan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%