PELAKON Josiah Hogan memberi pujian terhadap kualiti pengarahan Shuhaimi Zulkefli dalam Misteri Fraser 1910 meskipun berdepan isu dalaman bersama penerbit.
Josiah atau nama penuhnya Josiah Padilla Hogan, 38, berkata Shuhaimi berjaya melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik walaupun berdepan dengan kekangan daripada segi bajet dan masa yang terhad untuk penggambaran.
“Saya tolak tepi isu membabitkan penerbit dan pengarah, tetapi selepas melihat hasil akhirnya dengan bajet serta masa yang ada, saya rasa wajar untuk beri kredit kepada pengarah.
Hubungan Shuhaimi (kir) dan penerbit Amai serta Elani tegang.