TUMPANG bangga, penyanyi Aina Abdul menyifatkan Datuk Seri Siti Nurhaliza semenangnya layak diberi penghormatan sebagai penerima Anugerah Biduan Negara pada Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 pada Rabu lalu.
Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkata, jasa Siti hampir 30 tahun membabitkan dalam bidang seni mengatasi segala-galanya dan tumpang gembira dengan anugerah diberikan kepada penyanyi nombor satu negara itu.
“Tahniah saya ucapkan kepada penyanyi kesayangan Datuk Seri Siti Nurhaliza selaku Biduanita Negara ketiga. Apabila saya tengok beliau dapat anugerah tersebut, sememangnya layak.
Aina kagum dengan kejayaan Siti.