SUSULAN kempen Blockout2024 yang terus menjadi bualan hangat netizen di media sosial, Pencetus Ummah (PU) Azman mengingatkan orang ramai supaya tidak keterlaluan dalam menyahut gerakan tersebut.
Tampil mengulas mengenai isu boikot ini, Azman atau Azman Syah Alias, 43, berkata ia haruslah dilakukan secara berhemah dan tidak sehingga menyakiti hati orang lain.
“Jangan rasa terpaling Islam ketika memboikot, sehingga menafikan perjuangan orang lain.
Perkongsian Azman yang dimuat naik di Instastory miliknya.