MELIHAT lambakan pelbagai content yang dihasilkan di media sosial pada hari ini membuatkan penyanyi Shiha Zikir terpanggil untuk menasihati peminatnya agar tidak mudah percaya setiap perkara disampaikan.
Kata Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 37, sesetengah kandungan yang dihasilkan boleh memberi kesan kepada individu sehingga boleh mendorong kepada masalah tekanan mental.
“Ada beberapa yang saya kenali terkesan dengan kandungan di media sosial. Mereka rasakan tidak berjaya apabila melihat content yang mempamerkan kekayaan atau kebahagiaan. Kesannya sehingga boleh menggangu kesihatan mental.
Shiha harap pengguna media sosial faham mesej yang ingin disampaikan.