PEMPENGARUH media sosial Fais Al-Hajari tampil menegur kenyataan pelakon Puteri Sarah Liyana berhubung isu poligami yang disifatkan sebagai keterlaluan.
Fais, 43, turut meminta agar aktres berkenaan tidak menyamakan sejarah rumah tangganya dengan pasangan lain kerana setiap orang mempunyai kisah berbeza.
Malah Fais yang juga mempunyai dua orang isteri berpendapat tindakan Puteri Sarah itu mampu membuatkan rumah tangga orang lain musnah disebabkan nasihat diberikan.
Fais tegur kelantangan Puteri Sarah.