GAGAL memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukan bererti seseorang itu tidak lagi mampu untuk menunjukkan kejayaan dalam bidang akademik.
Dalam hal ini, pelakon Didie Alias berkongsi pengalaman melibatkan salah seorang daripada anaknya yang hanya mendapat keputusan 1A dalam SPM namun berjaya meneruskan pengajian hingga ke peringkat sarjana.
“Saya nak kongsi sikit pengalaman anak saya pun pernah dapat 1A sahaja dalam SPM tapi berkat usaha gigih, dia fokus belajar nak tunjukkan kepada saya, sekarang dia dapat dapat master.
Didie terus memberi semangat buat pelajar SPM untuk meneruskan usaha.